FIXED DEPOSITS 4% BANK MUAMALAT DIVIDEN TERTINGGI

FIXED DEPOSITS 4.00% 3BULAN BANK MUAMALAT DIVIDEN TERTINGGI

Ini adalah first post di blog TheEmas.com 

Di post pertama ini, kami ingin berkongsi salah satu bentuk pelaburan yang popular di Malaysia bahkan mungkin menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia

Pelaburan yang dimaksudkan ialah Pelaburan duit simpanan anda melalui FIXED DEPOSIT. Masih ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan pelaburan dalam bentuk FIXED DEPOSIT. Pelaburan FIXED DEPOSIT adalah salah satu produk pelaburan yang ada di semua bank di Malaysia bahkan di seluruh bank-bank dunia. Ia merupakan pelaburan yang mudah,selamat dan terjamin dari segi pulangan kerana risiko yang ditanggung olen pelabur adalah rendah


What are fixed deposits? Apa itu Fixed Deposits?


Fixed deposit ialah satu bentuk pelaburan yang memberi pulangan dalam bentuk dividen pada kadar tempoh yang telah dipersetujui oleh anda sebagai pelabur dengan pihak bank


Tempoh Pelaburan dalam fixed deposit boleh dibuat secara bulanan, 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan. Jumlah Minimum pelaburan yang boleh dibuat oleh pelabur serendah RM1000.00 sehingga tiada had pelaburan. Pulangan dividen Fixed Deposit pula tidak tetap bagi setiap tempoh pelaburan dengan jumlah pelaburan,  sebagai contoh,


Situasi 1


Ahmad melabur RM5000.00 untuk tempoh 3 bulan, pulangan dividen yang diberikan ialah 2.85% p.a (per annum)

Maka Ahmad akan mendapatkan pulangan dividen sebanyak 2.85% untuk 3 bulan 


Situasi 2


Ali melabur RM100,000.00 untuk tempoh 12 bulan, pulangan dividen yang diberikan ialah 3.50% p.a (per annum), Maka Ali akan mendapatkan pulangan dividen sebanyak 3.50% untuk 12 bulan


Kadar pulangan dividen yang diberikan adalah untuk tempoh 12 bulan dan pelabur haruslah melabur sehingga tamat tempoh pelaburan jika ingin mendapatkan pulangan seperti yang dipersetujui.


Sebagai Contoh, Jika ahmad membuat pelaburan selama 3 bulan dengan pulangan 2.85%, tetapi atas beberapa faktor dan masalah  yang dihadapi oleh ahmad, ahmad terpaksa membuat pengeluaran pelaburan fixed deposit dalam tempoh 2 bulan saja, maka ahmad tidak akan menerima sebarang pulangan dividen kerana telah melanggar terma dan syarat pelaburan yang telah ditetapkan


Kadar Pulangan dividen fixed deposit adalah tidak sama setiap bank di Malaysia, Maka kita sebagai pelabur perlulah membuat "window shopping" di bank-bank bagi mencari dan mendapatkan pulangan dividen yang tinggi pada tempoh yang singkat supaya pelaburan yang dibuat mendapat pulangan yang berbaloi


Sesetengah bank bank tempatan di malaysia akan mengadakan kempen pelaburan fixed deposit dalam tempoh-tempoh  tertentu bagi menggalakkan pelabur melabur dalam fixed deposit


Cara mengira pulangan dividen FIXED DEPOSITS


Berdasarkan kepada situasi 1 dan situasi 2, berikut ialah cara mengira pulangan dividen yang akan diterima oleh Ahmad dan Ali


Situasi 1 : 


RM 5000.00 X 2.85% X 3/12 = RM 35.61


Ahmad akan menerima pulangan dividen sebanyak RM35.61 dalam tempoh 3 bulan


Situasi 2 :


RM 100,000.00 X 3.50% X 12 =RM 3500.00


Ali akan menerima pulangan dividen sebanyak RM3500 dalam tempoh 12 bulan


Hmm...keciknya dividen dia? labur RM5000 dapat RM35.61 jer...


Sekejap, anda perlu faham pelaburan FIXED DEPOSITS ini adalah satu pelaburan yang berisiko rendah kerana MODAL anda tidak akan hangus jika berlaku kerugian pelaburan oleh pihak bank 


dan fakta menariknya, kebanyakan golongan yang berminat melabur dalam pelaburan FIXED DEPOSIT ialah kaum cina berbanding kaum-kaum lain yang ada di malaysia. 


Pelaburan fixed deposit bukan saja untuk individu malah ia terbuka juga kepada syarikat kecil sehinggalah syarikat-syarikat korporat yang wujud di malaysia dan Institusi-institusi kerajaan juga antara pelabur FIXED DEPOSIT yang terbesar di malaysia


Which is best for fixed Deposit? 

Dimana tempat Fixed deposit yang terbaik?


Secara amnya, Anda sebagai pelabur boleh membuat pelaburan FIXED DEPOSITS di bank-bank tempatan dan bank-bank bertaraf international jika bank tersebut menawarkan pelaburan FIXED DEPOSITS


Fixed Deposits adalah produk pelaburan yang berjangka tetap dan jaminan pulangan serta menberi risiko yang rendah kepada para pelabur, maka tidaklah hairan jika Fixed deposit menjadi produk wajib ada di bank bank tempatan mahupun bank bank luar ngeara


Fixed Deposit yang terbaik ialah Fixed deposit yang memberi pulangan tinggi dalam tempoh yang singkat. Jika peluang tersebut terhidang di pasaran bank bank tempatan, maka anda sebagai pelabur perlulah mengambil peluang tersebut untuk menggandakan lagi duit anda, bak kata pepatah " duduk diam dapat duit" (4d). 


Which bank FD rate is high 2022 in Malaysia ? 
Mana bank yang memberikan rate(dividen) yang tinggi pada tahun 2022 di Malaysia?


Pada masa ini, pada waktu post ini di tulis, BANK MUAMALAT (M) BERHAD DAN BANK ISLAM (M) BERHAD menawarkan kadar pulangan dividen yang tinggi, dimana Pihak Bank Muamalat menawarkan pulangan dividen sehingga 4.00% untuk tempoh 3 BULAN saja dan Bank Islam pula menawarkan pulangan 4.00% juga tetapi utk tempoh 6 bulan saja


Minimum pelaburan di bank Bank Muamalat hanya RM5000.00 manakala BANK ISLAM RM10,000.00


Berdasarkan info diatas, pelaburan fixed deposit dengan pulangan yang tinggi 4.00 % di bank muamalat adalah yang terbaik kerana tempoh pelaburan hanya 3 BULAN Saja.


Sebagai contoh, jika anda melabur sebanyak RM200,000.00 ( dua ratus ribu ) dengan pulangan 4.00 % selama 3 bulan, maka pulangan dividen yang akan anda dapat selepas matang hampir RM2000.00. 


Jika tanya kami, sapa yang nak bagi anda duit sebanyak RM2000.00 dalam tempoh 3 bulan saja anda melabur tanpa anda perlu fikir risiko yang perlu anda tanggung, tidak seperti anda melabur dalam unit trust atau saham apalagi jika anda melabur dalam high risk produk seperti forex atau coin digital, yang boleh menyebabkan modal anda juga Hangus dan lebur jika anda tidak faham dalam pelaburan tersebut


Are Fixed Deposits a good investment?
Adakah Fixed Deposit pelaburan yang baik?


Ada beberapa point penting yang perlu anda faham apabila anda melabur dalam FIXED DEPOSIT. Kenapa FIXED DEPOSIT antara pelaburan yang baik pada masa kini ( ketika ekonomi global tidak menentu) dalam bahasa mudah," secure our money to protect our life in future"


Berikut ialah point-point penting atau kelebihan-kelebihan yang baik yang terdapat di FIXED DEPOSIT


1. Risiko yang rendah

2. Modal pelaburan yang rendah

3. Modal yang terjamin 

4. Flexible Tempoh pelaburan yang anda inginkan

5. Boleh membuat pengeluaran walaupun tempoh belum matang - tidak mendapat pulangan 

6. mendapat pulangan dalam tempoh yang singkat

7. Tidak perlu tunggu sehingga 12 bulan untuk mendapatkan dividen (asb)

8. Dilindungi oleh PIDM

Which is better saving or FD?
Mana yang lebih baik antara akaun simpanan atau Fixed deposit?

Ok, pada bahagian ini, kita akan cuba membuat sedikit perbandingan antara akaun simpanan dengan fixed deposit, mana yang lebih baik antara keduanya.


Secara ringkasnya, kita boleh listkan point-point penting perbezaan ketara antara keduanya


Akaun Simpanan

- Pulangan rendah

- ada ATM card

- Boleh guna online banking


Fixed Deposit

- Pulangan lebih tinggi

- Tiada ATM, maka duit tiada pengeluaran, kita boleh kawal utk tidak membazir

- Tidak boleh guna online, bermakna lebih selamat dari terdedah dengan scam


Dua jenis akaun ini adalah dua entiti yang berlainan fungsi dan pelaburannya. 

Secara amnya kita tahu bahawa akaun simpanan adalah akaun yang kita guna seharian untuk urusan kita, seperti duit keluar masuk, gaji masuk dan pelbagai lagi manakala FIXED DEPOSIT pula 100% untuk produk pelaburan. 


Selain itu, perbezaan ketara antara kedua-dua produk ini ialah dari segi pulangan dividen yang ditawarkan. Jika anda seorang yang mementingkan pulangan dari  duit yang ada di bank, maka anda akan meletakkan duit di dalam pelaburan fixed deposit berbanding akaun simpanan kerana pulangan akaun simpanan amat rendah. 


Mengapa bangsa cina lebih memilih fixed deposit adalah kerana pulangan yang lebih menguntungkan berbanding akaun simpanan biasa. Jadi jika anda faham konsep pelaburan, maka anda akan nampak kebaikan pelaburan FIXED DEPOSIT berbanding akaun simpanan.  


What are the disadvantages of FIXED dEPOSIT?
Apakah keburukan atau kelemahan pelaburan fixed deposit?


Setiap produk pelaburan yang ada, pasti ada kekurangan dan kelemahannya yang tersendiri.


Tiada produk pelaburan yang perfect, pasti ada kelemahannya. So apa pula kelemahan Pelaburan FIXED DEPOSIT? 


Dalam pelaburan Fixed deposit, yang perlu anda tahu ialah FIXED DEPOSIT pulangan dividen FIXED DEPOSIT itu sendiri yang tidak menentu kadarnya kerana kadarnya akan ditentukan oleh keadaan pasaran kewangan dan ekonomi itu sendiri. Selain itu juga, FIXED DEPOSIT tidak mudah untuk di cairkan selagi mana ia masih dalam tempoh pelaburan yang dipersetujui. 


Jika pelabur terpaksa membuat pengeluaran fixed deposit dalam tempoh yang ditetapkan, maka pelabur tidak akan menikmati apa jua pulangan dari pihak bank, kerana pelabur telah melanggar kontrak pelaburan. 


Selain itu juga, jika berlaku kematian pada pelabur, FIXED DEPOSIT yang di buat oleh pihak pelabur akan dibekukan oleh pihak bank. 


So kesimpulannya ialah


FIXED DEPOSITS adalah antara pilihan yang terbaik buat masa ini bagi mereka yang ingin melabur dalam jangka masa yang singkat tetapi masih mendapat pulangan yang memuaskan selain pelaburan dalam instrumen instrumen yang ada di Malaysia. Yang pasti modal capital yang anda labur tidak lebur dan dijamin selamat


Diharap, selain bangsa cina, bangsa-bangsa lain juga turut serta mengambil peluang untuk melabur dalam fixed deposits, kerana pelaburan fixed deposit adalah lebih selamat dan terjamin berbanding pelaburan yang berisiko seperti saham, forex dan bitcoin (digital coin)

 






  



  

Catat Ulasan for "FIXED DEPOSITS 4% BANK MUAMALAT DIVIDEN TERTINGGI"