Gadai Emas atau Pajak Emas? Ramai yang kena tipu!
Apa itu Gadai Emas atau Pajak Emas? Ramai yang keliru..
what are pajak gadai / what is pajak gadai
Ramai lagi di kalangan kita yang masih tidak faham yang di maksudkan dengan pajak emas atau gadai emas.
Artikel kali ini saya akan kongsikan info yang lebih mudah untuk anda faham bagaimana konsep pajak emas atau gadai emas ini wujud, prosesnya,syarat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Sebelum saya ulas lebih dalam lagi berkaitan dengan pajak emas atau gadai emas ini, saya berikan maksudnya terlebih dulu. Maksud gadai emas atau pajak emas ialah anda mempunyai barang kemas emas atau jongkong emas ( milik sendiri ) dan anda gunakan barang kemas emas atau jongkong emas tersebut untuk di cagarkan ke syarikat pajak atau bank yang menjalankan urusniaga pajak untuk anda mendapatkan tunai (cash) dengan segera.
Kenapa Perlu Gadai emas atau Pajak emas?
-how pajak gadai works
-how does pajak gadai works
-how to pajak emas
-how to pajak gadai
Jika anda perlukan duit tunai dengan segera tanpa meminjam di bank, atau pun along, ini adalah cara yang paling cepat dan jimat masa, pajak gadai emas adalah pilihan yang betul dan tepat. Pajak atau Gadai Emas adalah cara yang paling mudah buat masa ini untuk mendapatkan tunai segera untuk membantu anda menyelesaikan keperluan harian anda yang melibatkan keperluan tunai segera.
Bagi anda golongan muda, yang baru mula bekerja, digalakan untuk mula membeli emas, pilihan emas yang terbaik buat masa ini ialah emas dalam bentuk gold bar (24 karat@999.99 ) kerana harganya yang stabil dan kadar nilai emas apabila di pajak atau digadai adalah tinggi. Pada waktu artikel ini ditulis 17/05/2024, harga pajak atau gadai emas 1 gram bagi emas mutu 24k atau 999.99 ialah RM407.68 (Se-gram) di Bank Muamalat (M) Berhad.
Siapa saja yang boleh gadai emas atau pajak emas ?
Secara asasnya, umur yang dibenarkan untuk mengadai emas atau pajak emas mestilah berumur 18 tahun keatas, tetapi kebiasaanya individu yang kerap membuat gadaian emas dan pajakan emas adalah terdiri dari individu dewasa, antara yang berumur 25 tahun ke atas.
Umur individu biasanya tiada isu bagi yang ingin membuat gadaian emas, yang penting individu tersebut emas yang dimiliki adalah milik sendiri atau jika perlu, bawa sekali resit belian emas tersebut kepada pihak bank atau syarikat pajak untuk memudahkan urusan pajakan atau gadaian emas tersebut.
Apa yang diperlukan untuk anda Gadai emas atau Pajak emas?
-how pajak gadai works
-how does pajak gadai works
-how to pajak emas
-how to pajak gadai
Secara asasnya, untuk membolehkan anda pajak atau gadai emas di Ar Rahnu atau Kedai Pajak, berikut ialah dokumen yang diperlukan;
1.- Kad pengenalan
2.- Barang emas yang hendak di pajak
3.- Bawa Resit atau sijil milikan emas ( jika perlu )
No 1 dan 2 adalah syarat wajib untuk membolehkan anda pajak atau gadai emas.
Bagi point no 3, biasanya tidak perlu tetapi jika anda bawa adalah lebih baik jika pihak bank atau kedai memerlukan bukti milikan emas tersebut.
Kedai atau Bank mana yang boleh anda pajak atau gadai emas ?
-how pajak gadai works
-how does pajak gadai works
-how to pajak emas
-how to pajak gadai
Di Malaysia, terdapat 2 jenis tempat yang boleh anda pajak atau kedai. Terdapat dua jenis pajak emas, cara konversional dan cara islamik yang di lebih di kenali sebagai Ar-Rahnu atau Ar-Rahn.
Bagi yang non muslim biasanya mereka akan menggunakan khidmat kedai pajak emas konversional yang sedia ada di kawasan-kawasan rumah kedai di bandar bandar utama didalam setiap negeri, dan kebanyakan dimiliki oleh pemilik non muslim. manakala bagi yang muslim adalah digalakkan menggunakan khidmat Kedai/Bank Pajak Emas Arrahnu kerana kaedahnya yang memenuhi syarat patuh syariah dan terlepas unsur-unsur RIBA'.
Dari segi kadar caj yang di kenakan, kedai pajak konversional rata-ratanya mengenakan caj yang agak tinggi dan tempoh pajak yang terhad berbanding kedai pajak arrahnu yang mana kadar cajnya yang lebih rendah dan tempoh pajak yang lebih lama iaitu sehingga 18 bulan
Koperasi-koperasi yang dimiliki oleh bumiputra banyak yang menyediakan khidmat arrahnu. Jika anda tidak mahu memilih bank yang menyediakan arrahnu, maka anda boleh memilih koperasi yang menyediakan khidmat arrahnu sebagai pilihan kedua selepas bank.
Jenis Emas apa yang diterima untuk Gadai emas atau Pajak emas?
Berdasarkan mutu emas yang wujud di malaysia, jenis emas yang boleh di gadai atau di pajak adalah terdiri dari beberapa jenis iaitu :
1. Gold Bar terdiri dari mutu emas 24k/22k atau 999.9% /91.6%
2. Dinar Emas terdiri dari mutu emas 24k/22k atau 999.9% /91.6%
3. Barang Kemas Emas mutu emas 24k/22k atau 999.9% /91.6%
4. Coin Emas mutu emas 24k/22k atau 999.9% /91.6%
Kesemua jenis2 emas di atas adalah kategori yang popular dan sering menjadi pilihan untuk di gadai atau di pajak. Selain itu terdapat juga jenis-jenis emas yang mutunya lebih rendah seperti :-
1. Barang kemas Emas mutu 87.5%
2. Barang kemas Emas mutu 83.5%
3. Barang kemas Emas mutu 75.0%
Kategori emas di atas juga boleh di gadai atau di pajak di kedai/bank pajak dengan syarat, Emas tersebut melepasi ujian ketulenan emas.
Ada emas yang tidak diterima untuk di pajak atau di gadai di kedai/bank arrahnu, iaitu Jenis Emas Putih, Jenis emas ini biasanya di beli untuk kegunaan majlis, seperti majlis nikah atau sebagai aksesori fesyen untuk majlis-majlis rasmi dan keramaian.
Emas yang mempunyai batu atau permata juga boleh di terima oleh sebahagian kedai/bank arrahnu untuk di gadai atau di pajak, tetapi biasanya jumlah tunai yang boleh ditawarkan adalah lebih rendah dari emas yang di gadai tanpa batu atau pertama, jumlah tunainya adalah tinggi.
Berapa banyak duit cash tunai yang boleh kita dapat dari Gadai emas atau Pajak emas?
-how pajak gadai works
-how does pajak gadai works
-how to pajak emas
-how to pajak gadai
Untuk menjawab berapa banyak kita sebagai pengadai akan dapat duit tunai hasil dari kita gadai emas atu pajak emas, ialah bergantung kepada :
- Jenis Emas yang dipajak
- Berat Emas yang digadai
- Harga Emas pada waktu Kita pajak
- Margin Peratusan yang Kita dapat dari Nilai Emas yang kita pajak
Untuk point. 1, saya telah jelaskan. Bagi point no 2 pula, berkaitan dengan berat emas, lagi berat emas yang kita pajak, lagi tinggi nilai duit tunai yang akan kita perolehi.
Part yang paling penting bila kita pajak atau gadai emas, ialah point no 3 dan Point no 4. Kenapa ia penting ? Jom saya jelaskan…
- Harga Emas - Harga emas ( utk gadai) adalah harga yang tidak tetap setiap hari. Anda sebagai pengadai, perlulah mengetahui harga emas semasa untuk gadaian, kerana
dengan anda tahu harga emas gadaian semasa samada tinggi atau rendah, akan menentukan nilai emas yang hendak anda pajak. Contohnya…
Katakan harga pajak emas untuk jenis emas (916) pada tarikh
15/05/2024 ialah RM 325.00 segram, manakala
17/05/2024 ialah RM 370.00 segram, maka pilihan anda ialah…
Masa yang terbaik untuk anda pajak atau gadai emas anda ialah pada tarikh 17/05/2024, kerana harga pada masa itu RM370 segram, iaitu jika anda mempunyai emas jenis 916 yang beratnya 10 gram, maka nilai emas anda ialah RM 3700.00 berbanding dengan harga RM325.00 segram, maka nilai emas anda hanya RM3250.00 saja.
- Margin Peratusan dari Nilai Emas
Sebagai pengadai, anda seharusnya perlu bertanya kepada pegawai/jurujual yang menilai emas anda, berapakah nilai margin peratusan yang boleh ditawarkan oleh mereka kepada anda.
Buat masa ini margin peratusan yang sering di tawarkan adalah antara 65%-80%, mengapa peratusan margin ini penting untuk anda? Kerana dengan tahu margin ini, anda boleh mendapatkan tunai yang selayaknya
dengan pihak penjual/pegawai tersebut. Jom saya beri analogi, supaya anda faham situasi yang saya maksudkan…
Merujuk kepada Contoh diatas, iaitu Anda mempunyai emas 916 dengan berat 10 gram, maka nilai emas anda ialah RM3700.00 dengan harga emas semasa ialah RM370segram.
Jika pada masa itu anda memerlukan wang tunai sebanyak RM2900, maka situasai mana yang akan anda pilih ?
Kedai A
Kedai A menawarkan anda wang tunai sebanyak RM2590 iaitu sebanyak 70% dari nilai Emas Anda RM3700
Kedai B
Kedai B pula menawarkan anda wang tunai sebanyak RM2960 iaitu sebanyak 80% dari nilai Emas anda RM3700
Jika anda lihat kedua-dua situasi diatas, anda sebagai pengadai pasti akan memilih Kedai B, kerana Kedai B menawarkan wang tunai yang lebih banyak
kepada anda iaitu RM2960 berbanding Kedai A hanya RM2590.
Berdasarkan situasi diatas, saya harap anda sebagai pengadai sudah tahu betapa pentingnya MARGIN PERATUSAN apabila anda membuat gadai emas atau pajak emas. Dengan anda faham tentang margin ini, maka anda bolehlah membuat “window shopping”terlebih dahulu di kedai2 atau bank2 sebelum anda membuat keputusan untuk membuat gadai emas atau pajak emas.
Berapa CAJ yang dikenakan untuk Gadai emas atau Pajak emas?
Berapa caj ya? Ok, berkaitan dengan caj pula, ia bergantung kepada kedai atau bank yang anda pilih. Buat masa ini, caj yang dikenakan adalah antara 0.8% sehingga 1.50% perbulan.
Untuk kadar caj, pada saya adalah lebih baik anda memilih kadar caj yang anda mampu untuk dibayar jika anda masih tidak ada duit lebih untuk anda tebus, dan pastikan caj yang dikenakan adalah caj harian dan jika anda langsaikan hutang gadai anda, dalam tempoh yang singkat, anda tidak kenakan caj penalti atau caj penebusan awal.
Tugas anda sebagai pengadai ialah bertanya! Jangan senyap dan setuju saja semua yang penjual/pegawai jelaskan, ambik tahu sebab yang bayar bukan orang lain, tapi ANDA. Pastikan ianya berbaloi dan anda faham dengan proses gadai emas atau pajak emas sehingga selesai.
Berapa TEMPOH masa yang diberikan untuk anda gadai emas atau pajak emas ?
Pada ketika ini, tempoh masa yang diberikan oleh pihak kedai/bank adalah antara 6 bulan hingga 24 bulan. Tetapi tempoh 24 bulan jarang di tawarkan melainkan jika kedai/bank tersebut sedang menjalankan kempen gadai emas atau pajak emas.
Biasanya Minimum tempoh ialah 6 bulan dan disusuli dengan 6 bulan berikutnya, dan 6 bulan berikutnya, dimana setiap 6 bulan, anda perlu membuat bayaran kadar caj yang telah ditetapkan.
Semoga artikel kali ini, dapat membantu memberi anda faham dan cakna dengan isitilah gadai emas atau pajak emas yang rata2nya masih ramai yang blur dan tidak faham. :-)
Catat Ulasan for "Gadai Emas atau Pajak Emas? Ramai yang kena tipu!"
Catat Ulasan